Malaysiana net Advert

Gaya Hidup Halal - Sains & Teknologi

Sumber:
http://www.hdcglobal.com/publisher/pid/83c6e3ed-3d5b-4985-b98b-1440f3813a70/container/1/contentId/bfc60b40-e250-46b1-afbf-ca10a55cb280

GHSC, Bandar Utama

Program Cilik "GAYA HIDUP HALAL - Sains & Teknologi" bertujuan untuk menyediakan platform kepada ibubapa dan pengajar untuk membentuk dan mendidik kanak-kanak melalui kaedah interaktif. Ini termasuk dari aspek Sains dan Teknologi yang membantu meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak. Konsep aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, bereksperimen dan bereksplorasi ini adalah untuk membimbing kreativiti dan inovasi kanak-kanak. Selain itu, program ini turut memperkenalkan konsep "Halalan Thoyyiban" kepada peserta sebagai gaya hidup, dan mendedahkan generasi muda kepada pemakanan yang berkhasiat, kebersihan dan penjagaan kesihatan. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia 9 - 12 tahun.

Kesimpulannya, program ini mempunyai pelbagai aktiviti yang akan membawa peserta ke suatu penerokaan Halal dalam konsep yang menyeronokkan. Ini adalah suatu peluang yang hebat untuk mendidik dan memberi pengalaman kepada kanak-kanak ini ke arah gaya hidup Halal.




No comments

Powered by Blogger.